There were 1,543 press releases posted in the last 24 hours and 458,727 in the last 365 days.

FBS Memperkenalkan Instrumen Perdagangan Baharu

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, March 16, 2021 /EINPresswire.com/ -- FBS telah menambah CFD-cash ke senarai instrumen perdagangan di MetaTrader 5. Ia satu lagi langkah kejayaan dalam mengembangkan servis syarikat ini di Malaysia dan menawarkan produk berkualiti tinggi kepada para pelanggannya.

CFD-cash sedang mendapat permintaan yang tinggi dari para pedagang, kerana ia lebih memudahkan dari CFD biasa. Semua pesanan CFD-cash tidak tertakluk dengan masa. Tidak seperti CFD, anda boleh buka posisi jangka panjang, dan tidak perlu bimbang jika pesanan anda akan tertutup secara automatik bila tarikh luput tiba.

Berikut adalah senarai penuh CFD-cash indeks ekuiti yang tersedia di FBS:
· JP225 (Nikkei 225)
· US100 (NASDAQ100)
· US30 (Dow Jones)
· US500 (S&P500)
· AU200 (Australia 200)
· EU50 (Eurostoxx50)
· FR40 (CAC40)
· HK50 (Hang Seng)
· UK100 (FTSE100)
· DE30 (DAX30)
· XTIUSD (WTI)
· XBRUSD (BRN)
· ES35 (Spain35)
· XNGUSD (Natural GAS)

Perluasan senarai instrumen perdagangan ini akan membolehkan para pelanggan FBS merencamkan komposisi porfoilio mereka dan memangkin perdagangan mereka.

Broker FBS kini memberikan perkhidmatan kepada 16 juta pelanggan di lebih 150 buah negara, termasuk Asia, Amerika Latin, Eropah, dan MENA. Ia menawarkan produk-produk kewangan untuk perdagangan matawang, logam, dan indeks kepada para pelanggan dari pelbagai latarbelakang dan mempunyai matlamat yang berbeza.

Sepanjang lebih 12 tahun di bidang ini, broker ini telah memenangi lebih 60 anugerah antarabangsa, termasuk The Best Broker in Malaysia, The Best Forex Broker Asia 2020, Best International Forex Broker, dan banyak lagi.

FBS
FBS
email us here

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.