There were 1,106 press releases posted in the last 24 hours and 400,779 in the last 365 days.

Tusk Innovation Mengumumkan 'Kombo' Produk Baharu

LONDON, Nov. 25, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- Tusk Inc.Limited (www.tusklimited.com), sebuah syarikat yang bermula pada tahun 2012 sebagai syarikat pengurusan modal di United Kingdom dan Kuala Lumpur dengan pejabat di seluruh dunia, dan kini merupakan salah sebuah syarikat penyelesaian elektrik terkemuka yang memberikan tumpuan kepada penghasilan peralatan perlombongan, tenaga suria dan penyesuai untuk pengguna mengumumkan kombo produk k baharu. Rangkain Produk terutamanya untuk tujuan elektrik. Bagi mana-mana pelombong yang dibeli, produk ini dilengkapi dengan panel suria bagi mengurangkan penggunaan kuasa. Lihat produk di sini https://tusklimited.com/products 

Sebagai salah sebuah syarikat penyelesaian Elektrik teratas, Tusk innovation telah mengumumkan diskaun 30% untuk kombo peralatan perlombongan yang menggabungkan panel suria dengan pelombong bitcoin. Dengan peralihan terbaru mereka daripada polihablur kepada bahan fotovoltan, Tusk inc. telah menguji dari semasa ke semasa kecekapan menggabungkan produk suria mereka dengan pelombong mata wang kripto dan ini telah terbukti paling berkesan. Kini, para pelabur Tusk inc. boleh dengan mudah, melombong syiling mereka tanpa gangguan, risiko yang lebih rendah dan keuntungan maksimum.

Ini adalah usaha untuk mengurangkan jumlah elektrik yang digunakan apabila pelanggan melombong mata wang kripto dan hal ini telah didedahkan oleh Ketua Pegawai Operasi (COO), John Walls, pada minggu lepas. Menurut Walls, "Laporan yang dibuat membuktikan bahawa kuantiti tenaga elektrik yang diperlukan pelombong mungkin terlalu besar untuk dikendalikan, oleh itu kami memperoleh pilihan yang munasabah."

Keuntungan Perlombongan
Walaupun mengagumkan dan sangat menguntungkan bagi ramai orang untuk menubuhkan ladang perlombongan mata wang kripto, spekulasi masih berbangkit bahawa usaha ini mungkin menanggung kos yang besar, terutamanya dari segi penggunaan elektrik. Dengan menyediakan Panel Suria kepada anda, yang tidak disambungkan kepada bil elektrik anda serta peranti perlombongan bitcoin yang boleh melaksanakan tugas dwi perlombongan, Tusk Inc. telah mencipta penyelesaian yang tahan lama. Anda boleh melombong syiling anda dan tidak peduli tentang turun naik pasaran, sambil tuut mengabaikan penggunaan kuasa.

Tusk Inc. telah membezakan dirinya daripada yang lain, yang telah membolehkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan pembangunan dompet kripto serta unit pemprosesan grafik daripada syarikat, yang mempunyai pejabat di tiga buah benua. Selain itu, syarikat juga mempunyai pengalaman yang luas dalam pembangunan Blok Rantai dan penyelesaian perlombongan bitcoin.

Perihal Tusk
Ditubuhkan pada tahun 2012 oleh pasukan pakar pengurusan dan kemudian disertai oleh pasukan pakar teknologi, Tusk Inc. kini merupakan salah satu penyedia penyelesaian elektrik terkemuka. Mereka juga berbangga dengan keupayaan mereka untuk menguruskan risiko dengan berkesan kerana mereka telah terlibat dalam perniagaan menguruskan risiko selama lebih daripada satu dekad. Di samping itu, melalui beberapa kemajuan dalam teknologi, mereka telah menggabungkan usaha yang kurang berisiko ke dalam sistem Pengurusan Risiko, salah satunya ialah perlombongan mata wang kripto, menggunakan bahan fotovoltan.

John Walls
Pengurus Perhubungan Awam (PR)
john@tusklimited.com
(+44)7451214344

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di: https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/3b9f1b17-0a1a-4dce-bab8-8ffb601ccfac


Primary Logo

TUSK PRODUCT

TUSK PRODUCT ZEN